Isnin, 5 Ogos 2013

Assalamualaikum and Selamat sejahtera kepada para pembaca blogger, hari ini saya ingin menceritakan satu resepi biscuit yang sanggat enak, walaupun kita beli biscuit coklat chip di luar harga dh lah mahal ada berapa je..buat sendiri boleh dpt satu atau dua balang... Nama biscuit ni oat coklat chip, saya ubahnya jadi oat coklat chip cadbury badam...

Bahan-bahan ( Dapat dalam 2 balang )
  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung 110gm - tp saya kurangkan tepung, lebihkan oat
  • 1 sk baking soda
  • 1 cawan gula pasir halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat -diblender halus persamaan 110gm+110gm cukup
  • 12 oz coklat cip
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 9 oz cadburry bar-diparut 
  • 1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar(80gm jgn lebih)
  • 1 susu kecil esen vanilla
Cara-cara

  1. Putar butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
  4. Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
  5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 155'c selama 30 minit @ hingga masak
  6. Selamat mencuba !